Sunday, 20 May 2012

Penyediaan Konkrit Di Tapak Bina

Pengkelompokan (batching)
Ø Kaedah Isipadu
      Berdasarkan isipadu (banyaknya) simen, pasir & batu baur yang diperlukan untuk setiap kelompok bancuhan konkrit.
      Diukur menggunakan kotak2 penyukat yang telah ditentukurkan dengan bebeerapa ukuran yang berbeza.
      Ukuran kotak ditentukur berpandukan unit berat tiap2 bahan yang kering.
      Kaedah ini tidak begitu tepat dan hanya sesuai untuk kerja-kerja yang kecil sahaja.
Ø Kaedah Timbangan
      Kaedah penyukatan yang berdasarkan berat adalah lebih diutamakan dan digunakan dengan meluas untuk struktur yang besar.
      Satu alat penimbang berat automatik (dengan nilai berat simen,pasir,batu dan air yang telah ditetapkan padanya) digunakan.
      Penyukatan dilakukan secara sistematik & tepat untuk setiap kelompok bancuhan konkrit.

Kaedah menggaul konkrit di tapak bina
Ø Menggaul dengan tangan (manual)
      Alat yg biasa digunapakai ialah ‘skop’
      Kaedah ini tidak begitu tepat dan hanya sesuai untuk kerja-kerja yang kecil sahaja.


Kaedah2nya :
i)     Simen, pasir & batu yg tlh disukat diletakkan di atas 1 alas yg rata secara menimbun
ii)   Dgn m’gunakan skop, bhn2 td digaul dgn cara m’balik-balikkan timbunan t’sebut ke 1 arah & diulangi dgn arah yg b’lawanan sebyk 3 kali utk setiap arah (kerja pembalikkan ini dilakukan dlm keadaan kering)
iii) Slps itu, 1 lopak(kawah) dibuat di tengah2 timbunan t’sbt
iv) Air dicurahkan ke dlmnya & langkah2 td diulangi sebyk 3 kali utk keadaan lembap

Ø Menggaul dengan mesin
      Merupakan 1 proses p’bancuhan simen yg paling efisien
      Lebih mudah & cpt b’banding kaedah manual krn ia dipermudahkan dgn mesin p’gaul konkrit
      Kaedah2nya :
i)     Pasir & batu dimasukkan ke dlm dram yg b’putar & masukkan sedikit air dlm campuran t’sbt.
ii)   Dram kemudian dibiarkan b’putar utk bbrp minit sblm ditambah lg kuantiti air yg secukupnya
iii) Slps itu, dram itu dibiarkan lg utk selama 2-3 minit sblm ia blh digunakan.

Pengangkutan dan kaedah mengangkut konkrit
Ø Kereta sorong
      Sesuai digunapakai utk kerja2 yg m’punyai jarak yg b’dekatan antara tapak bina dgn tempat bancuhan
      Ia dapat mengurangkan kos krn kerja2 yg digunakan adlh tdk melibatkan p’gunaan kos penyelenggaraan yg tinggi

Ø Kren
      Biasa digunakan utk projek2 yg besar
      Konkrit akan dimasukkan ke dlm 1 bekas yg dikenali sbg ‘timba’
      Ia dilengkapi dgn 1 pintu kolong dibwhnya
      Pintu kolong ini adlh b’tujuan utk memudahkan kerja2 penuangan konkrit ke dlm acuan dari timba besar t’sbt

Ø Pelongsor
      Biasa digunakan untuk kerja2 yg tmpt bancuhannya t’letak di atas(tinggi) manakala tapak binanya di bwh(rendah)
      Kerja2 utk m’gelongsorkan konkrit ini adlh penting utk mengelakkan b’lakunya pengasingan yg blh mengurangkan kekuatan konkrit t’sbt.

Ø Pam
      M’gunakan sejenis paip yg m’punyai saiz diameternya sebesar 150mm
      Konkrit dipam melalui paip t’sbt dr tmpt ia digaul ke tmpt ia hendak dituangkan
      Semasa penyediannya jg, ia perlu diawasi utk mengelakkan b’lakunya pengasingan
      Paip hendaklah jg sentiasa dibersihkan utk mengelakkannya drp t’sumbat. Sebaik-baiknya slps selesai shj kerja2 yg m’gunakan paip t’sbt

Ø Dumper
Ø Lori

Kaedah menuang dan memadat konkrit
Ø Kaedah menuang
      Konkrit basah perlu dituang ke dlm acuan mengikut cara yg t’baik b’tujuan utk mengelakkan b’lakunya pengasingan & lelehan.
      Ia perlu dituang mengikut turutan yg teratur, dr 1 struktur ke 1 struktur yg lain.
      Penuangan perlu dilakukan secara b’lapis dgn tebal setiap lapisan adlh antara 300-450mm & pemadatan perlu dilakukan sebaik shj konkrit ditempatkan.
Ø Cara memadat dengan rod keluli, alat penggetar dll
i)     Penggunaan rod keluli - dgn menumbuk-numbuk @ menekan konkrit itu sehingga padat.
ii)   Penggunaan rod penggetar – rod dijolok ke bhgn dlm konkrit basah & dibiarkan selama 2-3 minit sblm dipindahkan ke tmpt lain dgn jarak antara 300-375mm.
Tujuan memadat  konkrit
      Mengelakkan berlakunya pengasingan.

Kebaikan & keburukan memadat dgn m’gunakan alat p’getar & rod keluli.

      Kebaikannya adalah ia akan m’hasilkan kepadatan yg baik.
      Keburukannya pula adalah, jika penggetaran yg b’lebihan akn m’akibatkan b’lakunya pengasingan.

 Pengawetan konkrit dan Tujuannya
·        Pengawetan ialah proses menghalang kehilangan kelembapan daripada konkrit semasa menjaga rejim suhu yang memuaskan.
·        Tujuan pengawetan
i.     Menjamin kuantiti air yang terdapat di dalam konkrit ini kekal, agar tindak balas kimia berterusan sehingga konkrit tersebut mencapai kekuatan yang diperlukan.
ii.    Memberi ketahan lasakan kepada penutup konkrit (concrete cover) agar dapat memberi perlindungan yang secukupnya kepada tetulang.
iii.  Pengawalan suhu agar ia berada pada kadar yang sesuai untuk konkrit tersebut mengalami pengerasan normal.
iv.  Mengawal proses penghidratan terhadap konkrit dalam cuaca panas.
Kaedah Pengawetan


Kaedah Pengawetan


Huraian
Cara Lembapan
·     Ia dijalankan adalah bertujuan untuk melindungi konkrit daripada hujan dan juga pancaran terus matahari. Untuk ‘konkrit muda’ biasanya digunakan guni basah, bagi melindunginya daripada hujan dan panas matahari.
·     Ia juga untuk mengelakkannya mengalami kehilangan kelembapan yang akan memberi kesan kepada proses pemejalan dan pengerasan.
·     Guni hendaklah dibasahkan du kali sehari. Pampan-pampan kayu dan permukaan konkrit yang terdedah hendaklah dibiarkan basah atau lembap selama 1 hingga 14 hari.

Cara Salutan Bahan Kimia
·     Ia dijalankan dengan menyapu sejenis bahan kimia pada permukaan konkrit dengan menggunakan berus.
·     Ia bertujuan adalah untuk mengelakkan berlakunya kehilangan air melalui proses sejatan.
·     Bahan kimia yang biasa diguna pakai ini ialah kompaun silika (silica compound).
·     Ia biasanya disapu pada konkrit yang berusia di antara 3 – 7 hari, iaitu selepas kerja-kerja penanggalan acuan dijalankan.

Cara Wap Haba dan Sejuk
·     Ia biasanya dijalankan di kilang yang menghasilkan buatan siap struktur konkrit tersebut. Ianya juga sesuai sekali diguna pakai untuk konkrit pra-tegasan dan juga konkrit siap tuang.
·     Proses pengendaliannya juga adalah cepat berbanding dengan kaedah pengawetan yang lain. Ia juga dapat menghasilkan sebuah konkrit yang bermutu tinggi.



No comments:

Post a Comment