Wednesday 18 July 2012

Langkah Untuk Membina Lukisan Isometri

Langkah 1 Lukis kotak saiz W (66mm), D (60mm) dan H (52mm) pada sudut 30 darjah
Langkah 2 Membina Objek Dalam kotak Isometri
Langkah 3 Membentuk Garisan Yang Seterusnya Bagi Menonjolkan Objek Yang Seterusnya
Langkah 4 Wujudkan Lakaran Garisan Objek Sebenar Dan Objek Yang Terhasil

Teknik Lukisan Isometri

Pembinaan Lukisan Isometri Pepejal Dengan Permukaan Flat Adalah Dua Iaitu Dimensi Menegak Dan Mendatar Adalah Sama Dengan Garisan Isometri Dan Pembinaan Tersebut Adalah Mengikut Arah Seperti Gambar Rajah Di Bawah

Unjuran Isometri

Beza Lukisan Isometri Dengan Unjuran Isometri • Jarak yang jauh akan menyebabkan sesuatu objek akan kelihantan kecil. • Dapat dibezakan melalui ukuran sisi objek iaitu:- 1. Lukisan isometri disiapkan menggunakan skala 1:1 2. Unjuran isometri hanya menggunakan skala isometri iaitu skala khas 80% pada garisan isometri. • Kedua-dua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri. Pembinaan Isometri 1. Lukis sudut garisan 45 darjah menggunakan pembaris dan tandakan ukurannya. 2. Pada sudut lukisan yang sama, lukiskan garisan yang bersudut 30 darjah. 3. Seterusnya pindahkan ukuran tersebut ke garisan 30 darjah. 4. Maka, bentuk unjuran akan menjadi lebih kecil daripada bentuk asal.
• Bentuk unjuran akan terbentuk seperti gambar rajah di bawah :-

Tuesday 17 July 2012

Lukisan Persembahan Senibina_Isometrik

PENGENALAN ISOMETRI Objektif • Dapat mengetahui apa itu lukisan isometri. • Paksi yang sesuai di gunakan untuk membentuk lukisan isometri. • Mengetahui teknik lukisan isometri. Tujuan • Unjuran isometri ialah satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D. • Objek isometri ialah simulasi bentuk lukisan 3 dimensi dalam keadaan tidak sebenar. • Objek yang dibentuk tiddak boleh dipandang dari satu sudut yang berlainan dalam membentuk pandangan perspektif seperti objek 3D sebenar. ISOMETRI -Merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik. -Objek yang diputarkan pada sudut tertentu akan menghasilkan unjuran isometri yang semua sudutnya sama. -Isometri adalah simetri di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah sama. -Garisan isometri adalah garisan yang selari dengan paksi isometri. -Rataan isometri adalah rataan yang selari dengan paksi isometri. KONSEP 1.Lukisan isometri yang mempunyai pandang 3 sisi yang di pandang dari segi panjang , lebar dan tinggi. 2.Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, Y dan Z 3.Paksi X dan Y adalah condong 30 darjah dari paksi mendatar.
Rajah di bawah adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan

Tuesday 22 May 2012

Singki Dan Perangkap Sampah

SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH
  1. Kegunaan
    • Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
    • Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
  2. Jenis Sinki dan Perangkap
    1. Perangkap 'P'
    2. Perangkap 'S'
    3. Perangkap botol
  3. Membersihkan perangkap
    1. Menggunakan pelocok
      - Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
    2. Membuka dan mencuci bahagian kedap
      - Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras

    Sinki

    Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki

    I. Perangkap 'S' II. Perangkap 'P' III. Perangkap botol

Pili

PILI

I. Pili berbibir II. Pili bertiang  
  1. Kegunaan
    - mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
  2. Jenis
    1. Pili bertiang
      - mempunyai alur masuk menegak
    2. Pili berbibir
      - mempunyai alur masuk melintang
  3. Bahagian
  4. A = Pemulas
    B = gandar
    C = Nat Penyendal
    D = Nat Pili
    E = Pelompat
    F = Alur keluar
    G = Sesendal
    H = alur masuk
  5. Penyelenggaraan
    1. Menggantikan pelompat
      • Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan walaupun pili telah ditutup
    2. Menukar kepala pili
      • Kepala pili perlu digantikan apabila
        • pili tidak dapat dikunci dengan ketat
        • air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir

Jenis Penyambung Paip Dan Bahan Penyambung Paip

JENIS PENYAMBUNG PAIP

 
Jenis penyambung
Paip BG  Paip PVC Paip Poli 
1Soket sana ada ada ada
2Soket pengecil ada ada ada
3Siku 90º ada ada ada
4T sama ada ada ada
5T pengecil ada ada ada
6Penyuai soket injap ada ada ada
7Penyuai soket PT ada ada ada
8Puting heksagon ada tiada ada
9Palam ada ada tiada
10Soket Penjodoh ada tiada ada
  1. Soket
  2. Soket sama Soket pengecil
    • Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
    • Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
  3. Siku 90º
  4. Siku 90º sama Siku 90º pengecil
    • Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
    • Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90

  5. T
  6. T sama T pengecil
    • Digunakan untuk menambah sambungan paip
    • Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
  7. Puting Heksagon

    • Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
    • Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
  8. Soket
    Penyuai Soket PT Penyuai soket injap
    • Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
    • Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG
  9. Palam
    • Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
  10. Soket penjodoh
    • Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain
Contoh penyambungan paip

A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam

 
BAHAN PENYAMBUNG
  1. Pita PTFE
    - Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
    - digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG
  2.  
  3. Glu PVC
    - adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
    - glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan
    • Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC