Tuesday, 17 July 2012
Lukisan Persembahan Senibina_Isometrik
PENGENALAN ISOMETRI
Objektif
• Dapat mengetahui apa itu lukisan isometri.
• Paksi yang sesuai di gunakan untuk membentuk lukisan isometri.
• Mengetahui teknik lukisan isometri.
Tujuan
• Unjuran isometri ialah satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D.
• Objek isometri ialah simulasi bentuk lukisan 3 dimensi dalam keadaan tidak
sebenar.
• Objek yang dibentuk tiddak boleh dipandang dari satu sudut yang berlainan
dalam membentuk pandangan perspektif seperti objek 3D sebenar.
ISOMETRI
-Merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik.
-Objek yang diputarkan pada sudut tertentu akan menghasilkan unjuran isometri
yang semua sudutnya sama.
-Isometri adalah simetri di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi
adalah sama.
-Garisan isometri adalah garisan yang selari dengan paksi isometri.
-Rataan isometri adalah rataan yang selari dengan paksi isometri.
KONSEP
1.Lukisan isometri yang mempunyai pandang 3 sisi yang di pandang dari segi
panjang , lebar dan tinggi.
2.Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, Y dan Z
3.Paksi X dan Y adalah condong 30 darjah dari paksi mendatar.
Rajah di bawah adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment