Wednesday, 18 July 2012
Langkah Untuk Membina Lukisan Isometri
Langkah 1
Lukis kotak saiz W (66mm), D (60mm) dan H (52mm) pada sudut 30 darjah
Langkah 2
Membina Objek Dalam kotak Isometri
Langkah 3
Membentuk Garisan Yang Seterusnya Bagi Menonjolkan Objek Yang Seterusnya
Langkah 4
Wujudkan Lakaran Garisan Objek Sebenar Dan Objek Yang Terhasil
Teknik Lukisan Isometri
Pembinaan Lukisan Isometri Pepejal Dengan Permukaan Flat Adalah Dua Iaitu Dimensi Menegak Dan Mendatar Adalah Sama Dengan Garisan Isometri Dan Pembinaan Tersebut Adalah Mengikut Arah Seperti Gambar Rajah Di Bawah
Unjuran Isometri
Beza Lukisan Isometri Dengan Unjuran Isometri
• Jarak yang jauh akan menyebabkan sesuatu objek akan kelihantan kecil.
• Dapat dibezakan melalui ukuran sisi objek iaitu:-
1. Lukisan isometri disiapkan menggunakan skala 1:1
2. Unjuran isometri hanya menggunakan skala isometri iaitu skala khas 80% pada garisan isometri.
• Kedua-dua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri.
Pembinaan Isometri
1. Lukis sudut garisan 45 darjah menggunakan pembaris dan tandakan ukurannya.
2. Pada sudut lukisan yang sama, lukiskan garisan yang bersudut 30 darjah.
3. Seterusnya pindahkan ukuran tersebut ke garisan 30 darjah.
4. Maka, bentuk unjuran akan menjadi lebih kecil daripada bentuk asal.
• Bentuk unjuran akan terbentuk seperti gambar rajah di bawah :-
Tuesday, 17 July 2012
Lukisan Persembahan Senibina_Isometrik
PENGENALAN ISOMETRI
Objektif
• Dapat mengetahui apa itu lukisan isometri.
• Paksi yang sesuai di gunakan untuk membentuk lukisan isometri.
• Mengetahui teknik lukisan isometri.
Tujuan
• Unjuran isometri ialah satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D.
• Objek isometri ialah simulasi bentuk lukisan 3 dimensi dalam keadaan tidak
sebenar.
• Objek yang dibentuk tiddak boleh dipandang dari satu sudut yang berlainan
dalam membentuk pandangan perspektif seperti objek 3D sebenar.
ISOMETRI
-Merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik.
-Objek yang diputarkan pada sudut tertentu akan menghasilkan unjuran isometri
yang semua sudutnya sama.
-Isometri adalah simetri di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi
adalah sama.
-Garisan isometri adalah garisan yang selari dengan paksi isometri.
-Rataan isometri adalah rataan yang selari dengan paksi isometri.
KONSEP
1.Lukisan isometri yang mempunyai pandang 3 sisi yang di pandang dari segi
panjang , lebar dan tinggi.
2.Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, Y dan Z
3.Paksi X dan Y adalah condong 30 darjah dari paksi mendatar.
Rajah di bawah adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan
Subscribe to:
Posts (Atom)