Education Notes
Wednesday, 18 July 2012
Langkah Untuk Membina Lukisan Isometri
Langkah 1
Lukis kotak saiz W (66mm), D (60mm) dan H (52mm) pada sudut 30 darjah
Langkah 2
Membina Objek Dalam kotak Isometri
Langkah 3
Membentuk Garisan Yang Seterusnya Bagi Menonjolkan Objek Yang Seterusnya
Langkah 4
Wujudkan Lakaran Garisan Objek Sebenar Dan Objek Yang Terhasil
Teknik Lukisan Isometri
Pembinaan Lukisan Isometri Pepejal Dengan Permukaan Flat Adalah Dua Iaitu Dimensi Menegak Dan Mendatar Adalah Sama Dengan Garisan Isometri Dan Pembinaan Tersebut Adalah Mengikut Arah Seperti Gambar Rajah Di Bawah
Unjuran Isometri
Beza Lukisan Isometri Dengan Unjuran Isometri
• Jarak yang jauh akan menyebabkan sesuatu objek akan kelihantan kecil.
• Dapat dibezakan melalui ukuran sisi objek iaitu:-
1. Lukisan isometri disiapkan menggunakan skala 1:1
2. Unjuran isometri hanya menggunakan skala isometri iaitu skala khas 80% pada garisan isometri.
• Kedua-dua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometri lebih besar 25% dari unjuran isometri.
Pembinaan Isometri
1. Lukis sudut garisan 45 darjah menggunakan pembaris dan tandakan ukurannya.
2. Pada sudut lukisan yang sama, lukiskan garisan yang bersudut 30 darjah.
3. Seterusnya pindahkan ukuran tersebut ke garisan 30 darjah.
4. Maka, bentuk unjuran akan menjadi lebih kecil daripada bentuk asal.
• Bentuk unjuran akan terbentuk seperti gambar rajah di bawah :-
Tuesday, 17 July 2012
Lukisan Persembahan Senibina_Isometrik
PENGENALAN ISOMETRI
Objektif
• Dapat mengetahui apa itu lukisan isometri.
• Paksi yang sesuai di gunakan untuk membentuk lukisan isometri.
• Mengetahui teknik lukisan isometri.
Tujuan
• Unjuran isometri ialah satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D.
• Objek isometri ialah simulasi bentuk lukisan 3 dimensi dalam keadaan tidak
sebenar.
• Objek yang dibentuk tiddak boleh dipandang dari satu sudut yang berlainan
dalam membentuk pandangan perspektif seperti objek 3D sebenar.
ISOMETRI
-Merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik.
-Objek yang diputarkan pada sudut tertentu akan menghasilkan unjuran isometri
yang semua sudutnya sama.
-Isometri adalah simetri di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi
adalah sama.
-Garisan isometri adalah garisan yang selari dengan paksi isometri.
-Rataan isometri adalah rataan yang selari dengan paksi isometri.
KONSEP
1.Lukisan isometri yang mempunyai pandang 3 sisi yang di pandang dari segi
panjang , lebar dan tinggi.
2.Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, Y dan Z
3.Paksi X dan Y adalah condong 30 darjah dari paksi mendatar.
Rajah di bawah adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan
Tuesday, 22 May 2012
Singki Dan Perangkap Sampah
SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH
-
Kegunaan
- Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
- Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
-
Jenis Sinki dan Perangkap
- Perangkap 'P'
- Perangkap 'S'
- Perangkap botol
-
Membersihkan perangkap
- Menggunakan pelocok
- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk - Membuka dan mencuci bahagian kedap
- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras
Sinki
Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki
I. Perangkap 'S' II. Perangkap 'P' III. Perangkap botol - Menggunakan pelocok
Pili
PILI
I. Pili berbibir II. Pili bertiang
I. Pili berbibir II. Pili bertiang
-
Kegunaan
- mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip - Jenis
-
Pili bertiang
- mempunyai alur masuk menegak -
Pili berbibir
- mempunyai alur masuk melintang
-
Pili bertiang
- Bahagian
-
Penyelenggaraan
- Menggantikan pelompat
- Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan walaupun pili telah ditutup
- Menukar kepala pili
- Kepala pili perlu digantikan apabila
- pili tidak dapat dikunci dengan ketat
- air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir
A = Pemulas B = gandar C = Nat Penyendal D = Nat Pili E = Pelompat F = Alur keluar G = Sesendal H = alur masuk |
Jenis Penyambung Paip Dan Bahan Penyambung Paip
JENIS PENYAMBUNG PAIP
Jenis penyambung
| Paip BG | Paip PVC | Paip Poli | |
1 | Soket sana | ada | ada | ada |
2 | Soket pengecil | ada | ada | ada |
3 | Siku 90º | ada | ada | ada |
4 | T sama | ada | ada | ada |
5 | T pengecil | ada | ada | ada |
6 | Penyuai soket injap | ada | ada | ada |
7 | Penyuai soket PT | ada | ada | ada |
8 | Puting heksagon | ada | tiada | ada |
9 | Palam | ada | ada | tiada |
10 | Soket Penjodoh | ada | tiada | ada |
- Soket
- Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
- Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
- Siku 90º
- Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
- Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90
- T
- Digunakan untuk menambah sambungan paip
- Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
- Puting Heksagon
- Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
- Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
- Soket
Penyuai Soket PT Penyuai soket injap - Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
- Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG
- Palam
- Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
- Soket penjodoh
- Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain
Soket sama | Soket pengecil |
|
Siku 90º sama | Siku 90º pengecil |
|
T sama | T pengecil |
|
A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam
BAHAN PENYAMBUNG
-
Pita PTFE
- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
- digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG -
Glu PVC
- adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
- glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan - Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC
Subscribe to:
Posts (Atom)